Wednesday, November 18, 2009

Pengantar Sejarah

Kursus ini bertujuan menganalisis sejarah sebagai suatu bidang ilmu atau disiplin yang tersendiri. Untuk memenuhi tujuan ini, pendedahan dibuat melalui dua aspek utama. Yang pertama, membahas tentang aspek teori dan kaedah. Aspek yang kedua ialah meninjau tentang pensejarahan atau penulisan sejarah.

Mengenai aspek pertama, terdapat beberapa tema tertentu yang diberi tumpuan. Pertama, penjelasan tentang konsep dan definisi sejarah sebagai ilmu, di samping ciri-ciri persamaan dan perbezaan dengan ilmu-ilmu lain. Mengenai tema kedua, ia menyentuh tentang masalah pokok perbicaraan atau skop sejarah. Di samping itu juga akan disentuh tentang cabang-cabang sejarah.

Tema ketiga pula membahas tentang kaedah sejarah, iaitu yang menyangkut tentang punca atau sumber-sumbernya. Dalam tema ini perbahasan akan menyentuh tentang persoalan jenis-jenis sumber dan juga kritikan sumber, baik kritikan luaran mahupun dalaman.

Kemudiannya tentang tema yang keempat, yang juga termasuk persoalan kaedah, ia membahas tentang penyelidikan sejarah. Dalam hal ini, antara masalah-masalah yang dibangkitkan ialah sekitar soalan penyebaban, soal objektiviti dan moraliti dalam sejarah. Yang terakhir ini disebut juga sebagai pengadilan moral dalam sejarah.

Di samping itu para pelajar juga akan diperkenalkan kepada pelbagai jenis atau cakupan sejarah khususnya tentang persoalan sejarah sekular dan teologi. Dalam hal ini akan dijelaskan juga tentang cabang-cabang sejarah seperti Sejarah Politik, Sejarah Sosial, Sejarah Ekonomi dan sebagainya.

Rujukan:
1. Abdul Rahman Haji Abdullah. (2006). Pengantar Ilmu Sejarah. PPPJJ dan DBP.

2. Malek Bennabi. (1991). Islam In History and Society. Berita Publishing, K.L.

3. Jenkins, K. (1991). Re-Thinking History. Routledge and Kegan Paul. London and New York:

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan khidmat membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2012 Straightbrain Radar Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger