Sunday, November 22, 2009

Sejarah Politik Malaysia Tradisional

Sejauh manakah pengaruh Islam dalam undang-undang Melayu lama?

Pengenalan 

Merujuk kepada konteks soalan ini, sejauhmanakah pengaruh Islam dalam undang-undang Melayu lama kita akan merujuk kepada beberapa undang-undang Melayu lama di beberapa negeri antaranya ialah Melaka dan Kedah yang menerima pengaruh Islam dalam sistem perundangan mereka. 

Undang-undang atau sistem perundangan adalah suatu cara (means) untuk menyelesaikan berbagai-bagai bentuk konflik dan kekecohan dalam masyarakat (antara sesama individu, dalam kalangan sesama kelompok atau antara individu dan kelompok dengan sistem keadilan yang telah ditentukan oleh masyarakat tersebut). 

Manakala bagi ahli sejarah-sosiologi pula, undang-undang sering dilihat sebagai satu daripada hakikat (fenomena) masyarakat. Undang-undang merupakan sebahagian daripada keseluruhan sistem masyarakat yang bergerak, mengawal tindak tanduk manusia yang sering membentuk unsur-unsur dinamik selaras dengan dinamiknya kebudayaan dalam masyarakat tadi. 

Undang-undang tersebut mempunyai sejarah permulaanya, kemudian ia berkembang seseuai dengan perkembangan dan perubahan masyarakatnya. Kemudian undang-undang itu diwarisi dari semasa ke semasa dan zaman ke zaman untuk melindungi masyarakat, negeri dan menjaga keamanan.

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan khidmat membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2012 Straightbrain Radar Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger