Friday, December 25, 2009

Contoh Tugasan Hubungan Antarabangsa

Tugasan Individu: Analisis Keratan Akhbar 

Isu yang saya pilih untuk menyiapkan tugasan saya dalam kursus perhubungan antarabangsa (SPW 202) ialah berkenaan isu di Filipina yang mana isu ini melibatkan soal yang berkaitan dengan agama dan perebutan wilayah. Keratan akhbar yang saya gunakan ialah dari akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 13 ogos 2008 dan keratin akhbar Berita Harian yang bertarikh 28 ogos 2008. kedua – dua keratan akhbar ini mengisahkan satu isu yang sama iaitu pergolakan yang berlaku di Filipina. 

Pada pendapat saya, pergolakan yang berlaku di Filipina ini boleh diklasifikasikan sebagai konflik idea dan konflik kepentingan. Saya berpendapat sedemikian kerana, pergolakan yang berlaku adalah melibatkan dua agama yang berbeza iaitu agama Islam dan agama Kristian. Pejuang dari agama Islam dipanggil Pejuang Pembebasan Islam Moro ( MILF), manakala agama Kristian pula dianggotai oleh pasukan tentera kerajaan Filipina dan pejuang agama Kristian. 

Hal ini jelas menunjukkan bahawa, pergolakan yang berlaku adalah atas dasar agama. Konflik kepentingan pula ialah, saya melihat dari sudut sejarah pergolakan ini bermula yang mana selain faktor yang melibatkan agama, pergolakan ini turut melibatkan konflik perebutan wilayah. Wilayah yang menjadi rebutan ialah Filipina Selatan yang mana kawasan ini dikuasai oleh orang Islam.

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.


0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2012 Straightbrain Radar Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger