Thursday, December 10, 2009

Pentadbiran Awam

Pentadbiran Awam atau Public Administrations boleh didefinisikan sebagai: “…as the implementation and study of government policy public administration that linked to pursuing the public good by enhancing civil society and social justice. Though public administration has historically referred to government management, it increasingly encompasses non-governmental organizations that are not acting out of self-interest.”[1] Yakni, pentadbiran awam merujuk kepada sistem pentadbiran kerajaan yang turut meliputi badan bukan kerajaan yang bertindak tanpa sebarang kepentingan diri sendiri. Manakala bagi Dwight Waldo dalam “Classics of Public Administration” telah mentakrifkan pentadbiran awam sebagai satu badan organisasi dan pengurusan manusia serta benda-benda untuk mencapai tujuan-tujuan kerajaan. Beliau turut menyatakan bahawa pentadbiran sebagai satu “seni dan sains pengurusan” sebagaimana yang dapat dikaitkan dengan hal-ehwal sesebuah negeri atau negara.[2]

Hal ini bermakna pentadbiran awam adalah merupakan satu cara bagi melaksanakan dasar-dasar awam. Pada masa yang sama, pentadbiran awam adalah merupakan sesuatu yang dilaksanakan dengan terperinci dan satu proses perlaksanaan undang-undang awam yang sistematik. Pentadbiran awam mempunyai beberapa ciri-cirinya yang tersendiri, antaranya adalah kuasa suatu pentadbiran awam adalah merangkumi seluruh anggota masyarakat yakni semua peraturan yang ditetapkan oleh pentadbiran awam terpaksa diikuti oleh semua warganegara.[3] Pentadbiran awam juga mempunyai beberapa kuasa mutlak ke atas polis, penjara dan mahkamah. Selain itu, pentadbiran awam juga berfokus pada usaha untuk memberikan keutamaan kepada semua aktiviti awam. Ciri pentadbiran awam yang seterusnya adalah, ia juga berfungsi menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat, dan ini merupakan satu organisasi yang besar dalam sesebuah negara. Pada masa yang sama juga pentadbiran awam adalah berbentuk eksekutif (bidang kuasa dan tugas) kerajaan, terlibat dalam membentuk dan melaksanakan dasar-dasar awam, dan ia melibatkan berbagai-bagai dasar awam mengenai tingkah laku manusia dan kerjasama antara manusia iaitu antara tindakan eksekutif dengan tindakan orang awam. [4]

>> Tugasan dengan footnote atau nota kaki yang betul !

[1] http://en.wikipedia.org/wiki/public_administration. Dicapai pada 31 Julai 2007, 09.12 malam.
[2] Wan Azmi Ramli. “Dasar Awam Di Malaysia”. Jilid 1. Pustaka. Kuala Lumpur. 1991. Halaman 186.
[3]Abdullah Sanusi Ahmad. “Perkembangan Pentadbiran Awam dan Pengurusan”. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur. 1994. Halaman 8.
[4] Ibid., halaman 187.

Khidmat Menaip Assignment kerana kesuntukan masa, kekurangan buku rujukan dan takde idea Klik Sini or dapatkan contoh Assignment di Sini

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2012 Straightbrain Radar Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger