Friday, March 19, 2010

Ghazali Shafie Main Peranan Besar Reda Konfrontasi Dengan Indonesia

Sumber: Bernama

Artikel ini boleh digunakan sebagai tambahan dalam membuat tugasan tentang usaha penamatan Konfrontasi Malaysia - Indonesia

SINTOK, 25 Jan (Bernama) -- Bekas Menteri Dalam Negeri Tun Ghazali Shafie merupakan seorang negarawan yang amat berjasa dan memainkan peranan yang cukup besar bagi meredakan ketegangan konfrontasi Malaysia dengan Indonesia, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Beliau orang yang berpengalaman luas dalam perkara berkaitan perhubungan luar. Kelebihannya kerana mengenali ramai orang dan pemimpin negara asing menjadi aset dalam usaha Malaysia menjalin hubungan antarabangsa," katanya selepas menyampaikan ucaptama bertajuk "Pendidikan Pada Masa Hadapan" pada Kolokium Pendidikan Kedah di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, Isnin.

Turut hadir pada program anjuran bersama Persatuan Pendidikan Negeri Kedah (Cerdik), College of Artsand Sciences UUM, Jabatan Pelajaran Kedah dan Majlis Guru Besar Kedah itu adalah isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Naib Canselor UUM Tan Sri Dr Nordin Kardi, Pengerusi Cerdik Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Nawawi Ahmad.

Dr Mahathir mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

"Semasa saya jadi anggota Parlimen, beliau adalah Setiausaha Kementerian Luar. Bermula dari situ dia banyak bercakap dengan saya," kata Dr Mahathir, yang menganggap Ghazali sebagai rakan yang banyak mengajarnya.

Ghazali, 88, meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya kira-kira pukul 7.45 Ahad malam.

Khidmat Menaip Assignment Klik Sini or dapatkan contoh Assignment di Sini

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2012 Straightbrain Radar Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger