Tuesday, November 6, 2012

Pergerakan Kreatif dan Artistik

Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik yang melibatkan pergerakan atau senaman yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan muzik, tanpa atau dengan menggunakan peralatan. Tahap penguasaan kemahiran yang tinggi, kelembutan, koordinasi tubuh badan yang baik dan daya kreativiti mencipta pergerakan merupakan keperluan utama bagi seorang ahli gimrama. Namun demikian, penyertaaan murid-murid dari sekolah-sekolah rendah peringkat daerah anda kurang memuaskan. Sehubungan itu, untuk mempromosikan gimrama dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah, Pejabat Pelajaran Daerah telah merancangkan satu pertandingan gimrama peringkat daerah yang akan berlangsung pada Januari 2013.

Sebagai guru Pendidikan Jasmani sekolah, anda dikehendaki oleh Guru Besar untuk menyediakan satu pasukan gimrama untuk menyertai pertandingan tersebut. Justeru, anda dikehendaki menyediakan satu perancangan yang sistematik untuk mendapatkan peruntukan dan kelulusan pihak pengurusan sekolah anda bagi melaksanakan program latihan. 
Sehubungan itu, anda dikehendaki :

i. menyediakan satu kertas kerja yang lengkap berkaitan dengan program latihan untuk pertandingan gimrama yang akan disertai.


ii. menyediakan pelan lantai bagi persembahan individu yang lengkap dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua alatan untuk persembahan selama 3 minit.


Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.



0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2012 Straightbrain Radar Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger