Tuesday, December 18, 2012

Pengenalan Kepada Psikologi Pengurusan

Ketika ayah menggilap kereta barunya, anaknya yang berusia 4 tahun telah mengambil sebiji batu lalu mencalar kereta ayahnya. Dalam kemarahan yang teramat, ayah memegang tangan anaknya dan pukul berulang kali dengan menggunakan sebatang kayu yang keras tanpa menyedari akibatnya. Mengikut pihak hospital, jari jemari anaknya tidak dapat diselamatkan, malah terpaksa dipotong akibat keretakan yang teruk. 

Sebaik saja sedar, anakya mendongak melihat muka ayahnya dengan penuh kesengsaraan sambil bertanyakan kepada ayahnya,’Ayah, bila jari-jari saya akan tumbuh balik?’. Ayah membisu tanpa kata- kata dan pulang dengan penuh kesesalan. Setibanya di rumah ayah menendang kereta kesayangannya berulang kali seperti mana ayah memukul tangan kecil anaknya yang hanya baru berumur 4 tahun. 

Tenungan mata anaknya membayangi pemikiran ayah, ….sambil melihat tanda-tanda calar dikereta kesayangannya, tertulis kata-kata menyayat sanubari, ’Ayah ,….saya sayang ayah’. 

Perasaan kesal yang tidak terhingga telah menyebabkan ayah mambunuh diri pada keesokkan harinya. 

Apakah pengajaran yang dapat disimpulkan daripada cerita pendek ini. Jelaskan intipati cerita ini dengan menggunakan 3 prinsip dan teori psikologi yang bersesuaian. 

(i) Tugasan anda tidak boleh melebihi 2 muka surat, tidak termasuk lampiran, cerita pendek, rujukan dan lain-lain. 

(ii) ‘Font size’ – 12 Times New Roman, ‘double spacing’. 

(iii) Bilangan ahli kumpulan: 5-7 ahli dalam setiap kumpulan.

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester.  Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama pada setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan khidmat membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2012 Straightbrain Radar Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger