Tuesday, July 16, 2013

Pergerakan Artistik Dan Kreatif

Sekolah anda akan menyertai Pertandingan Pergerakan Kreatif antara sekolah-sekolah di daerah anda bagi tahun 2013. Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani, anda diarahkan untuk mencungkil bakat pelajar Tahun 5 atau Tahun 6 (4-5 orang sekumpulan) di sekolah anda bagi menyertai pertandingan tersebut yang bertemakan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Sebelum memulakan latihan intensif, anda telah terlebih dahulu membuat perancangan persembahan bagi pertandingan 

Berdasarkan maklumat ini, anda dikehendaki membuat persediaan pertandingan berdasarkan perkara berikut:

· Tema persembahan pilihan berkaitan dengan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia

· Sinopsis persembahan

· Senarai watak atau peranan

· Jenis-jenis pergerakan 

· Muzik jika ada

· Peralatan atau props

· Lakaran rekaan pergerakan persembahan (koreografi)

· Jadual latihan

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.


0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2012 Straightbrain Radar Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger