Friday, November 5, 2010

Perjuangan Demokrasi Myanmar Menuntut Kemerdekaan

Pendahuluan

Jika direnung sejenak ada sesuatu yang pelik dalam sesuana politik Myanmar semenjak kemerdekaan hingga pentadbiran bermula pada tahun 1962. Berdasarkan penelitian daripada ahli astrologi, Myanmar atau dahulunya lebih dikenali sebagai Burma mencapai kemerdekaan pada 4 Januari 1948. Tepat jam 4.20 pagi di perkarangan Rumah kerajaan kemerdekaan Myanmar telah terlakar dalam kitab sejarah dengan penurunan bendera Union Jack untuk digantikan bendera persekutuan Myanmar yang dipadankan daripada bendera Dobama Ahsiahyone.

Myanmar merupakan sebuah negara demokratik antara tahun 1948 hingga 1962.Sesuatu yang menarik untuk dibincangkan seorang tokoh bernama Aung San yang cukup sinonim sebagai watak utama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Myanmar daripada belenggu penjajahan. Sejarah telah menukilkan perjuangan Aung San melalui penubuhan Anti-Fascist People’s Freedom League (AFPFL) dalam usaha menentang Jepun yang mencabuli kedaulatan negara Myanmar ketika itu. Perjuangan demi perjuangan telah ditempuh oleh Aung San dan rakan seperjuangannya yang akhirnya membawa kepada kebebasan Myanmar daripada penjajahan. Namun, malang tidak berbau apabila berlaku tradegi hitam dalam sejarah politik Myanmar yang tidak akan luput dari ingatan setiap pengkaji sejarah negara penuh konflik ini. Mimpi ngeri telah berlaku dengan pembunuhan Aung San di saat perlembagaan dan kemerdekaan Myanmar hampir terbina. Walau bagaimanapun, perjuangan Aung San diteruskan oleh naib presidennya iaitu U Nu sebagai Perdana Menteri.

Patah tumbuh hilang berganti adalah ungkapan yang signifikan dalam bercerita mengenai insan bernama U Nu. Memegang mandat sebagai pemimpin AFPFL adalah menjadi tanggungjawab U Nu untuk memimpin Myanmar ke arah kemerdekaan pada tarikh keramat 4 Januari 1948. Tarikh ini merupakan hari yang tidak akan luput dalam ingatan rakyat Myanmar. Dalam keadaan sebuah negara baru mencapai kemerdekaan, tidak dinafikan berlaku permasalahan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Permasalahan ini telah membawa kepada konflik yang lebih mencekam dalam sejarah Myanmar yang penuh onak dan duri.

Khidmat Menaip Assignment kerana kesuntukan masa, kekurangan buku rujukan dan takde idea Klik Sini or dapatkan contoh Assignment di Sini

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2012 Straightbrain Radar Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger