Friday, November 5, 2010

Sejarah Masyarakat Imigran ke Malaysia

Masyarakat imigran seperti yang kita fahami ialah masyarakat India dan China sahaja disebabkan mereka merupakan agen terpenting kepada kronologi proses pembangunan negara secara amnya dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Umum mengetahui bahawa antara penyebab kepada berlakunya penghijrahan para penduduk di China dan India ke Malaysia adalah disebabkan oleh beberapa perkara. Penghijrahan atau yang dikatakan imigrasi ini berlaku disebabkan oleh permasalahan ekonomi yang teruk misalnya di China, masalah bencana alam yang teruk serta parah bagai retak menunggu belah dan akibat daripada bencana alam yang sering melanda China seperti banjir besar telah meranapkan industri pertanian yang menjadi teras utama kepada kegiatan ekonomi kebanyakan masyarakat China. Perkara ini telah menyebabkan masyarakat China yang rata-ratanya mengamalkan kehidupan berorientasikan pertanian mengalami masalah ekonomi.

Selain itu, disebabkan pertambahan mahupun lebihan penduduk di China yang tidak terkawal telah menyebabkan permintaan untuk memenuhi kekosongan tenaga kerja sama ada dalam bidang profesional ataupun tidak melebihi kuantiti penawaran pekerjaan oleh kerajaan China. Jelasnya masalah-masalah tersebutlah yang menjadi pemangkin kepada berlakunya migrasi penduduk China ke Tanah Melayu namun sesetengah tokoh seperti Victor Purcell menegaskan sebenarnya bukanlah disebabkan masalah ekonomi menyebabkan masyarakat China datang berhijrah ke Tanah Melayu kerana majoritinya adalah berasal dari kawasan yang lebih baik keadaannya di bahagian selatan China iaitu Kwantung dan Fukien. Sebaliknya penghijrahan berlaku disebabkan kerana jalinan perdagangan yang sudah lama terjalin antara kawasan tersebut dengan negeri-negeri Melayu. Hal ini tidak menjadi masalah bagi masyarakat China kerana mereka sudah sebati dengan keadaan Tanah Melayu di samping pendirian China yang sememangnya menggalakkan penduduknya untuk berhijrah dalam membantu negara itu melenyapkan virus pengangguran yang dikhuatiri boleh mempengaruhi pola perkembangan ekonomi negara China (Tugasan Lengkap Milik PjjMalaysia)

Khidmat Menaip Assignment kerana kesuntukan masa, kekurangan buku rujukan dan takde idea Klik Sini or dapatkan contoh Assignment di Sini

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2012 Straightbrain Radar Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger